Akademi Fantasia 4 pasti mendebarkan

Dec 19, 2005


 

 

HA, kepada sesiapa yang mengidam nak jadi macam Mawi, nampaknya kenalah bersiap sedia dari sekarang. Bukannya apa, sebab peluang menyertai Akademi Fantasia musim keempat (AF4) akan tiba tidak lama lagi.


Dengar cerita, musim keempat program realiti paling popular di Malaysia itu akan bermula pada Februari depan. Uji bakatnya dibuat lebih awal supaya program dapat ditayangkan kepada umum sebelum bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia di Jerman, musim panas tahun depan.

Yang menariknya, tentulah orang ramai ingin melihat, bagaimana pula bentuk juara AF terbaru selepas Vince, Zahid dan Mawi? Belum ada juara perempuan dilahirkan program berkenaan. Hmmm, 2006 ini, adakah akan lahir jaguh perempuan pula?

Paling penting, mampukah juara AF4 nanti mengatasi kemasyhuran yang diraih juara tahun ini, Mawi? Dengan dua album yang sudah pun mengatasi angka seratus ribu dalam masa beberapa bulan, tentunya hakikat itu membuatkan banyak perut terasa terjerut. Alah, jangan panik, sebab nasib dan tuah seseorang tiada siapa yang tahu.
 
dieptik dari,
www.bharian.com.my


Posted by aimanindablog at 05:49 pm
Make a comment  

 

Tuduhan fitnah Siti kekal

Dec 19, 2005


Oleh Rafidah Mat Ruzki


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak rayuan Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar (gambar) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonannya mengetepikan pertuduhan memfitnah penyanyi Siti Nurhaliza Taruddin.

 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Md Yasin, berkata tarikh, masa, tohmahan yang digariskan dalam lampiran pertuduhan serta bagaimana ia disebarkan adalah menepati kehendak Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Membacakan penghakimannya, Mohd Zaki berkata, lima perkataan yang digariskan dalam lampiran pertuduhan itu didapati menepati format fitnah seperti yang terkandung dalam Seksyen 499 kanun berkenaan.

“Ini bermakna pendakwaan merujuk kepada ayat bergaris adalah tohmahan sebagaimana yang dikatakan Siti Nurhaliza dalam siasatan atau aduannya kepada pihak polis," katanya.

Beliau berkata, tohmahan adalah suatu yang bukan andaian atau intepretasi orang lain terhadap tohmahan, seperti yang dicadangkan peguam bela Sharifah Aini, Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, pertuduhan itu juga bukan perkataan yang disebut tetapi perbuatan menghantar e-mel manakala tohmahannya ialah setiap ayat bergaris dan Pendakwa Raya perlu membuktikan setiap intipati fitnah pada ayat berkenaan.

Ketika ditemui di luar kamar mahkamah, Sharifah Aini yang berbaju kurung jingga, kelihatan tenang mendengar keputusan mahkamah dan menganggapnya sebagai ada rahmat di sebaliknya.

Muhammad Shafee pula berkata, pihaknya tidak bercadang membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Perbicaraan selanjutnya akan didengar di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Sebelum ini, Sharifah Aini, 52, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menolak bantahan awal supaya dilepaskan daripada tuduhan memfitnah Siti Nurhaliza melalui e-mel kepada adik angkatnya, Ahmad Shaharil Jamaluddin.

Pada 16 Jun lalu, Majistret Azroul Hisham Azulan menolak permohonannya atas lima alasan, antaranya pertuduhan terhadapnya jelas, teratur dan mengikut undang-undang.

Pertuduhan asal terhadap Sharifah Aini yang dibuat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Siti Nurhaliza, membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sharifah Aini didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Lorong Utara, off Jalan Utara, Petaling Jaya dekat sini, pada jam 4.52 petang 24 Ogos lalu.
 
dipetik dari,
 


Posted by aimanindablog at 05:47 pm
Make a comment  

 

Ning jujur bersuara

Dec 19, 2005


LEBIH 10 tahun penyanyi dan pelakon Ning Baizura berjaya mempertahankan namanya sekali pun pernah menempuh zaman kegelapan. Ning juga tidak pernah lupa memandang ke bawah walaupun namanya memuncak di awan. Pun begitu, Ning mengakui pernah menegur seorang bintang realiti TV. Kenapa?

RUTIN harian seorang bintang sehebat Ning Baizura sentiasa padat dan memenatkan.

Namun, dia tidak pernah kesal dengan jalan yang dipilihnya itu kerana berkat usaha kerasnya selama ini, dia berjaya dalam kelas tersendiri.

Sebelum 2005 melabuhkan tirainya kira-kira dua minggu lagi, Ning perlu menyelesaikan beberapa agenda penting. Selain memastikan promosi album Nikki berjalan lancar, dia juga sedang membuat persiapan rapi sebelum menjelangnya AJL20, bulan depan.

Pada masa yang sama, dia menjalani penggambaran filem Diva dan sedang mengumpul lagu terbaik untuk artis kedua AUR, Siti Surianie Julkarim atau Yanie, 20, yang juga protege Ning dalam Mentor TV3. Akhir sekali, barulah Ning memikirkan soal pembikinan album terbarunya sendiri. Walaupun sibuk, Ning masih punya masa melayani dan menemui media, sekali gus mempromosikan kerja seninya.

Malah janji temu yang diatur bersama Ning untuk sesi fotografi Bintang Popular kali ini hanya berlangsung sehari saja. Melalui satu kiriman SMS dia terus menyatakan persetujuannya.

Komitmen Ning memang hebat.

Ini berbeza sekali dengan segelintir artis baru yang sudah pandai main wayang dan menimbulkan masalah kepada pihak media. Ada artis remaja yang janji temunya perlu ditempah lebih dua bulan, tetapi tiba hari yang dijanjikan, dengan mudah dia membatalkan pertemuan itu!

Bagi Ning, pihak media, syarikat rakaman dan produksi (drama serta filem), semuanya adalah medium atau perantaraan artis bersama peminat.

“Kepada artis baru, mereka harus ada kesedaran dalam diri mereka.

Sesibuk mana pun kita bekerja, percayalah dalam sebulan itu, pasti ada beberapa hari yang kosong. Justeru, apalah salahnya kita menggunakan hari yang terluang itu untuk memenuhi permintaan media, bukannya lama sangat.

“Sebagai artis, kita janganlah terlalu berkira. Sebenarnya setiap artikel yang ditulis, setiap program TV yang kita jayakan, ia adalah aset penting artis mempromosikan diri. Kalau artikel itu baik, baiklah artis itu di mata peminat, sebaliknya jika cerita negatif atau kontroversi, peminat juga boleh menilai.

“Media memberikan kita publisiti, jadi apalah salahnya kalau kita mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kalau terlalu sibuk sekali pun, memadailah dengan satu kiriman SMS kerana ia memberi penghargaan kepada pihak media,” ujar Ning.

Dia juga sempat menceritakan mengenai sikap seorang bintang muda kelahiran program realiti TV yang tidak menegur mahupun bersalaman dengan artis lain ketika menjayakan satu persembahan, sedikit masa lalu.

“Sebagai artis senior, Ning rasa bertanggung jawab memberi kesedaran kepada artis muda itu. Ning cakapnya dengan elok-elok, tapi alasan yang diberikan adalah... dia segan. Kami bukannya minta disanjung, tapi budi bahasa dan rasa hormat menghormati.

“Percayalah, kalau kita ada PR yang baik sesama rakan artis, pihak media dan syarikat rakaman, kedudukan kita akan bertambah cemerlang. Bayarlah semua jasa baik mereka itu dengan komitmen kita.

“Ning sendiri pernah lari seketika daripada pihak media, tapi kesedaran untuk menerangkan cerita sebenar, akhirnya berjaya mengembalikan Ning ke pangkuan peminat.

Kalau kita lihat industri hiburan di Hollywood atau Bollywood, artis mereka tidak mesra dengan pihak media, sebab itulah adanya paparazzi. Media di sana terdesak mengejar berita panas. Alhamdulillah semua itu tidak ada di sini kerana ia bukan budaya kita,” jelas Ning.


Info Ning:

  • Ning Baizura Hamzah, 30, dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor. Anak kelapan dari sembilan beradik inimendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Convent, Kajang. Ning mula berjinak-jinak dalam dunia seni sejak berusia sembilan tahun lagi danmampu bermain biola dan piano.

  • Ketika berusia 12 tahun, Ning bermain biola secara profesional dan menyertai Orkestra Simfoni Muda (OSK) di bawah pimpinan Fatah Karim. Mulai saat itu, Ning mula mendapat undangan mengadakan persembahan termasuklah di istana sehingga berusia 17 tahun. Dalam pada itu, dia turut belajar vokal dengan Siti Chairani Proeheman.

  • Seawal usia 16 tahun, Ning menyertai pertandingan Voice of Asia dan memenangi tempat ketiga.

  • Selepas tamat persekolahan, Ning memasuki studio rakaman dan terhasillah album sulungnya, Dekat Padamu pada 1993. Sehingga kini dia sudah pun menghasilkan sembilan album termasuklah yang terbaru Erti Pertemuan yang popular dengan lagu Awan Yang Terpilu, sekali gus lagu itu berjayamenyertai Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) kategori Balada, Januari ini. Antara kejayaan yang pernah dikecapi Ning termasuklah Anugerah Industri Muzik 1993 (AIMí 93) - Artis Baru Terbaik dan Album Terbaik, AIM'94 - Album Pop Terbaik dan AIM2004 - Lagu Terbaik (Selagi Ada Cinta).

  • Selain nyanyian, Ning berbakat dalam bidang lakonan. Filem sulung lakonannya adalah Gemilang, diikuti MariaMariana 2, Bara, MimpiMoon, Lady Boss dan terbaru dia sedang menjalani penggambaran Diva terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) arahan karyawan Bollywood, Sharad Sharan. Dia juga pernah menjayakan filem pendekMalaikat Di Jendela dan telefilem, Azura 2003, selain drama komedi, Lontong.

  • Manakala Storyteller adalah penampilan sulung Ning di pentas teater muzikal pada 1996.

  • Kini, Ning bersama rakan kongsinya, Vernon Kedit danMichael Ang memiliki syarikat rakaman mereka sendiri, Artiste United Records (AUR). Artis sulungmereka ialah Nicollette Palikat atau Nikki, 20, bintang kelahiran realiti TV, Malaysia Idol (MI) pertama. Mulai 16 Disember hingga hari ini (18 Disember), Nikki menjayakan promosi album pertamanya, Maharani terbitan AudiMok dengan menjalani kehidupan hariannya yang unik - tinggal di kotak kaca, kiosk The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Jalan Bukit Bintang, KL.


  • Posted by aimanindablog at 05:46 pm
    Make a comment  

     

    Bisnes Linda Onn terus berkembang

    Dec 19, 2005



     



    TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa menduga.

    Lazimnya apabila golongan artis melebarkan sayap dengan menceburi bidang perniagaan, khususnya mengusahakan restoran atau gerai makanan, ramai yang beranggapan, ia tidak akan bertahan lama kerana bakal berdepan dengan pelbagai masalah.

    Pun begitu, tuah seolah-olah mengiringi perjalanan seni personaliti popular Era, Linda Onn apabila perniagaan restoran nasi ayamnya, My Mom’s Chicken Rice (MMCR) - Cita rasa Linda Onn terus berkembang maju dan dikenali ramai, sekali gus boleh menghela nafas lega apabila dia berpeluang membuka cawangannya di Jalan Bukit Bintang, 6 Disember lalu.

    Linda yang ditemui di restoran barunya berkata, beberapa bulan selepas MMCR di Ampang Point beroperasi, dia sudah mula berfikir untuk membuka cawangan.

    Ini penting kerana ia mampu memenuhi cita rasa pelanggan sekitar Lembah Klang mengunjungi restorannya dengan lebih mudah.

    “Selepas mengumpul duit, mencari lokasi yang sesuai, mengemas kini perkhidmatan dan jadual petugas, akhirnya rezeki saya bertumpu di Bukit Bintang.

    “Cawangan baru MMCR ini memberi lebih cabaran kepada saya apabila ia beroperasi di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

    “Sebenarnya bukan mudah mencari tapak di kawasan yang didominasi kaum lain. Persaingan ada di mana-mana, baik di Ampang Point mahupun di sini (Bukit Bintang). Tapi saya sentiasa percaya dengan kemampuan diri sendiri dan jangan sekali berfikiran negatif. Alhamdulillah, MMCR masih bertahan,” katanya.


    Klik: Khabarnya Linda bakal meninggalkan Era kerana mendapat tawaran lebih menarik di stesen radio lain. Sejauh manakah kebenarannya?

    “Alhamdulillah, saya akan terus kekal bersama Era walaupun sebelum ini ada beberapa tawaran untuk beralih angin ke tempat lain.

    “Era membuat tawaran lebih istimewa, justeru, rezeki saya terus bersama mereka,” jelasnya.

    Selain Linda, rakan artis seperti bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Farah Diana Anuar; bintang Malaysian Idol 2 (MI2), Farah Asyikin Zulkifli dan pelakon muda KL Menjerit 1, Tengku Shaheera Tengku Iskandar, sempat meluangkan masa menikmati hidangan istimewa MMCR Bukit Bintang pada hari itu.

    Kesemuanya tumpang berbangga apabila anak Melayu seperti Linda mampu memberi persaingan di Bukit Bintang dan berharap bisnesnya akan terus berkembang.


    2 resipi kejayaan Linda:

  • Saya mempunyai asas perniagaan makanan yang diwarisi keluarga.
    Kalau saya membuka bidang perniagaan lain, saya tak yakin, saya boleh melakukannya. Selain itu, kami sekeluarga sering mengemaskini tahap pengurusan dan perkhidmatan MMCR. Apabila asas perniagaan kita dah betul, baru kita boleh beri yang terbaik kepada pelanggan.

  • Kami mempunyai kilang sendiri di Bandar Baru Ampang yang memproses resipi istimewa MMCR untuk kegunaan di kedua-dua restoran. Selain mengekalkan rasa sama, saya juga memastikan resipi MMCR tidak terbongkar kepada orang luar. Dengan adanya sistem francais, saya dapat memantau proses pengeluaran stok untuk kedua-dua restoran.


    Info Linda Onn:

  • Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn dilahirkan di Singapura pada 26 November 1977.

  • Selain bergelar penyampai radio Era, dia juga mengacarakan rancangan bual bicara, Tanya Linda menerusi Astro Ria.

  • Linda juga berbakat dalam bidang lakonan apabila menjayakan filem seperti Soal Hati, Soalnya Siapa, Gila Bola dan Biar Betul.

  • Dia juga adalah duta dan jurucakap kepada produk melangsingkan badan, Oto serta minuman kesihatan Power Root.

  • Linda menceburi bidang perniagaan makanan apabila membuka My Mom’s Chicken Rice (MMCR) - Cita rasa Linda Onn di Ampang Point, Selangor lebih setahun yang lalu dan kini membuka cawangannya di Jalan Bukit Bintang. Sementara kilang memproses segala ramuan dan rencah ratus MMCR terletak di Bandar Baru Ampang.

  • Cawangan di Bukit Bintang baru saja memulakan operasi 6 Disember lalu, manakala majlis pelancaran rasmi hanya disempurnakan semalam (17 Disember).

  • dieptik dari,

    www.bharian.com.my

     



    Posted by aimanindablog at 05:44 pm
    Make a comment  

     

    Saya tak salahkan Mawi atau Maestro!

    Dec 19, 2005


    Oleh Zubir Mohd Yunus


     



    BERGELAR anak seni, penyanyi tidaklah seindah yang saya sangka selama ini. Hakikatnya, bergelar artis, bergantung juga kepada nasib. Contohnya macam Mawi AF3. Sekali Tuhan bagi rezeki, betul-betul untuk dia. Walau bagaimanapun, saya dan rakan seperjuangan lain yang berada pada tahap sekarang, kita tak boleh nak salahkan Mawi atau Maestro.

    Kadang-kadang orang luar tak faham, sering menuding jari kepada Maestro, tapi saya yang melaluinya setiap hari, tahu bahawasanya Mawi dan Maestro tidak harus dipersalahkan. Semuanya atas permintaan orang ramai, peminat yang mahukan Mawi, promoter mahukan Mawi, pengiklan mahukan Mawi dan bukannya kami, saya sedar keadaan itu.

    Orang yang minta Mawi, takkan kita nak menjaja diri. Justeru, untuk terus bertahan dalam industri ini, kita perlu mencari inisiatif sendiri.

    Kalau kita sudah tahu tahap kita, kedudukan kita di mana, sedar di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, kita perlu berusaha supaya nama kita tidak tenggelam.

    Kita tak boleh semata-mata terus mengharapkan Maestro. Maestro ada ramai artis yang terdiri daripada kawan-kawan saya juga. Kami tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita sama-sama cari rezeki dalam bidang ini, cuma rezeki yang kita nikmati berbeza-beza antara satu sama lain. Itu semuanya kerja Tuhan.

    Justeru, kalau ada peluang cari peluang sendiri, kita akan rebut, selepas itu beritahu kepada Maestro. Saya sentiasa beringat, saya masih artis Maestro, tanpa Astro dan Maestro, tak mungkin saya berada pada tahap seperti hari ini. Kita tak boleh membelakangkan mereka, anything must go back to them.

    Kalau kita dah sedar kita ni tak ada show, tak ada income, jangan hanya berharap, berhenti berharap dan hanya menunggu. Rezeki tak datang bergolek kalau kita tak berusaha mencarinya.

    Wake up, keluar cari show dan buktikan kepada orang tua kita, jalan yang kita pilih ini sebenarnya mampu memberi pulangan kalau kita rajin berusaha.

    Boleh dikatakan, anggaran sebulan show yang saya dapat, lima. Bagi saya, itu sudah memadai.

    Itu baru lima untuk saya, sedangkan Maestro perlu mencari show lain untuk kawan-kawan saya lagi. Kita bukannya setaraf Mawi, jadi kalau dapat dua atau tiga show dalam sebulan, alhamdulillah, itu dah kira OK.

    Tapi, duit yang kita dapat tu, kenalah jimat-jimat, tak bolehlah berbelanja macam artis top lain. Artis atau sesiapa saja, perlu ada simpanan, kalau tak ada susahlah...

    Nak kata sengsara hidup sebagai artis, tak sampai lagilah ke tahap itu. Tapi perbezaan kehidupan dulu dan sekarang, memang ketara.

    Dulu, kita ada gaji setiap bulan walaupun tak banyak. Sekarang ni kita kena fikir, ada show, ada duit, tak ada show, tak adalah duit... Sebab tu saya katakan tadi, saya perlu lebih beringat.


    Yang penting, jangan iri hati

    Saya akui, sambutan peminat terhadap saya tidaklah sehebat Mawi. Untuk meneruskan perjuangan, saya perlu menguatkan semangat. Sekalipun Mawi memiliki populariti yang luar biasa, kita tak boleh patah semangat. Saya yakin, dalam gua, masih ada cahaya di hujung terowong.

    Yang penting, jangan iri hati pada Mawi atau kawan-kawan yang lain. Apabila perasaan hasad dan dengki ada dalam diri kita, maka bermulalah era kejatuhan seseorang artis itu. Tapi, perasaan sedih tak boleh buanglah, hari ini saya macam ni, tapi lima atau 10 tahun lagi, saya tak tahu macam mana nasib saya dalam bidang hiburan.

    Dalam apa jua keadaan, kita jangan malu melobi diri sendiri, tapi biarlah kena dengan caranya, jangan sampai orang cakap, artis AF terdesak, terpaksa meminta-minta sebab nak hidup, ingat kita masih ada maruah yang perlu dipelihara.

    Rezeki ada di mana-mana, Tuhan dah beri kita kudrat mencari rezeki yang halal, jadi jangan mensia-siakan bakat dan kebolehan yang Tuhan kurniakan kepada kita.

    Kita perlu membuktikan kepada orang ramai, promoter dan penerbit bahawa artis AF boleh buat kerja, jangan sekadar popular di media massa saja, tapi bakat entah ke mana. Namun, saya yakin semua rakan AF, tak kiralah dari musim pertama hingga ketiga, semuanya berbakat besar, kalau tak ada bakat, mereka tak terpilih masuk AF, cuma yang membezakan kami adalah rezeki.

    Saya akui, saya masih terkapai-kapai dalam usaha menempa nama. Kita perlu fokus dalam apa saja yang kita usahakan. Kalau kita sedar kita orang baru, buat betul-betul, jangan main-main.

    Saya sentiasa tanamkan dalam diri, walaupun sambutan tidak seberapa, saya mampu memberi saingan.

    Seandainya kita berdepan dengan masalah, bawa-bawalah berbincang dengan pihak pengurusan.

    Jangan memberontak kerana ia akan memakan diri sendiri.

    Kalau ada perasaan kecil hati, benda itu kadang-kadang kita tak boleh nak elak kerana rezeki kita berbeza-beza, jangan ikutkan sangat perasaan itu. Kita perlu reda kerana rezeki kita hari ini, setakat ini saja. Mungkin esok, bertambah lagi. Ukurlah baju di badan sendiri.

    Sementara itu, saya juga ada terdengar orang bercerita yang saya dah bertunang. Baiklah, saya berterus-terang. Sebenarnya saya belum bertunang lagi. Masih solo. Saya baru 21 tahun. Yang ada sekarang ni hanyalah kawan rapat.

    Perancangan bila kami nak bertunang ke, kahwin, belum ada apa-apa lagi. Kawan rapat saya tu bekerja sambil belajar. Cita-cita saya pula belum tercapai sepenuhnya. Justeru, biarlah kami mengecapi kejayaan peribadi dulu, sebelum memikirkan sebarang ikatan. Ada jodoh, ikatan ini akan berakhir di jinjang pelamin, tapi sampai hari ini saya masih tak tahu siapa jodoh saya yang sebenarnya.”


    Info Kefli:

  • Kefli atau nama sebenarnya, Mohamed Zulkefli Mohamed Idir, 21, dilahirkan pada 11 April 1984 di Kuala Lumpur. Anak ketiga dari empat beradik ini mendapat pendidikan terakhir di Sekolah Menengah Taman Sri Rampai, Setapak.

  • Pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia, unit Pentarama menjayakan sketsa, menari dan menyanyi selama dua tahun iaitu kira-kira setahun selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Menyertai uji bakat Akademi Fantasia 3 (AF3) pada April lalu, sekali gus menjadi antara 14 pelajar yang layak mengikuti pengajian dalam akademi berkenaan di bawah pengawasan pengetua, M Nasir.

  • Kefli bertahan dalam AF3 hingga konsert kesembilan dan ketika minggu penyingkirannya, dia mendendangkan lagu Tak Tahu, nyanyian Adam AF2. Ketika masih mengikuti pengajian di AF3, Kefli pernah menyanyikan lagu seperti Berhenti Berharap, Hati Emas dan Mungkin.

  • Selepas meninggalkan AF3, Kefli kini bernaung di bawah pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) selama tiga tahun dan pada masa yang sama, peminatnya menubuhkan kelab peminat iaitu FCOK.
  • dipetik dari,

    www.bharian.com.my

     



    Posted by aimanindablog at 05:39 pm
    Make a comment  

     

    ULASAN EVO O5 AKADEMI FANTASIA 3

    Dec 18, 2005


    Tunggu ulasannya pada Khamis-22/12/2005..

     



    Posted by aimanindablog at 06:13 pm
    Make a comment  

     

    Perkahwinan Juliana Banos rapatkan hubungan lama keluarga

    Dec 18, 2005


    Oleh Haszrul Mohamed


    JULIANA di bilik pengantin di Villa Mutiara, Johor Bahru.


    MAJLIS pertunangan, pernikahan, persandingan dan menyambut menantu telah pun selamat diadakan buat pasangan pengantin baru Juliana Azman Banos, 26, dan Mokhtar Ahmad, 32.Pasangan suami isteri itu telah dinikahkan pada 16 Disember di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru dengan berwalikan hakim kerana bapa kandung Juliana berada di Perancis dan tidak dapat hadir pada hari bersejarah dalam hidup anak perempuannya itu.

    Namun begitu, dari jauh, ayah kandung penyanyi dan pelakon itu merestui pernikahan anaknya dan pasti mendoakan Juliana dan Mokhtar dapat hidup bahagia sebagai suami isteri.

    Mokhtar, anak sulung pasangan Ramlah Mohamed dan suaminya, Ahmad Kemin, merupakan Pengarah Urusan Mutiara Motors Sdn. Bhd. Beliau sebenarnya bekerja dalam empayar perniagaan milik bapanya.

    Sebut sahaja nama Ahmad Kemin, masyarakat di Johor Bahru rata-rata mengenali beliau kerana kejayaannya dalam perniagaan mengimport kereta mewah, pengurusan resort dan motorsport.

    Perkahwinan Juliana dengan Mokhtar, anak hartawan Johor, sebenarnya telah merapatkan lagi hubungan antara dua keluarga yang sebelum ini sudah saling mengenali. Ibu bapa Juliana dan ibu bapa Mokhtar adalah kawan lama.

    Sambut rakan media

    Juliana menyediakan sebuah bas untuk rakan media dari Kuala Lumpur datang ke Johor Bahru menyaksikan detik bersejarahnya bertukar status menjadi seorang isteri.

    Tidak cukup dengan itu, ketibaan para wartawan dan jurufoto dari Kuala Lumpur pada 15 Disember pada pukul 8.30 malam di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru itu disambut sendiri oleh Juliana dengan ditemani kakaknya, Lina.

    Juliana yang lebih mesra dengan panggilan Jun ingin memastikan urusan penginapan rakan-rakan media selama dua hari itu berjalan lancar. Itulah keprihatinan Jun walaupun dia ketika itu dia sepatutnya berada di rumah bersiap sedia untuk majlis akad nikah pada esok pagi.

    Selepas berpuas hati dengan urusan penginapan itu, barulah Jun bergegas pulang ke rumah ibunya, Tijah Ibrahim, di Johor Bahru untuk diinaikan.

    Air mata di Masjid Abu Bakar

    Pada 16 Disember, seawal pagi, bertempat di rumah ibu dan bapa mentua Jun di Kampung Melayu Johor Bahru, rombongan Juliana tiba membawa bersama sembilan dulang hantaran untuk diserahkan kepada pihak lelaki.

    Di mahligai milik pasangan usahawan Ramlah dan Ahmad itu, dulang-dulang itu ditukar dan Juliana menerima tujuh dulang hantaran daripada Mokhtar termasuk duit hantaran berjumlah RM77,888.77.

    Setelah selesai, barulah rombongan kedua-dua pihak berarak menuju ke Masjid Abu Bakar untuk acara pertunangan dan sekali gus majlis akad nikah.

    Senafas dan sekali lafaz, dalam suara yang lancar dan jelas Mokhtar menyambut akad daripada jurunikah, Datuk Imam Mahad. Dan sahlah dirinya menjadi suami Jun.

    Pada ketika itu, air mata mengalir di pipi Jun, ibunya dan dua orang kakaknya, Lina dan Wani. Mungkin mereka bersyukur dan gembira kerana acara akad nikah berjalan lancar.

    Setelah Mokhtar membacakan lafaz taklik, giliran Jun pula membaca ikrar perkahwinan. Ketika itu Jun tidak dapat menahan sebak dan sekali lagi air mata kesyukurannya berderai.

    Bersanding di Hotel Hyatt

    Selepas upacara pernikahan, pada sebelah malamnya pula diadakan majlis persandingan bagi meraikan kedua-dua mempelai di Dewan Utama Hotel Hyatt Johor Bahru.

    Lima jam setengah selepas dinikahkan, hujan turun membasahi bumi Johor Bahru seolah-olah menyambut pasangan pengantin baru yang bakal melayari alam rumah tangga itu. Hujan lebat itu hanya berhenti sebelum pukul 6 petang.

    Ketika jam hampir pukul 9 malam, Jun dan suami tiba di hadapan pintu masuk dewan hotel itu. Pasangan raja sehari itu diarak dengan paluan kompang menuju ke pelamin yang direka Unique Bridal.

    Sama cantik, sama padan. Jun memakai baju kurung moden daripada kain jenis renda Perancis dan Mokhtar memakai Baju Betawi. Kedua-dua pakaian itu direka oleh Butik Haron dari Singapura.

    Warna tema pilihan Jun, warna merah jambu, menghiasi pelamin dan baju persandingan mereka.

    Upacara menepung tawar dan merenjis kedua-dua mempelai dimulakan oleh Tengku Abu Bakar Almarhum Tengku Abdul Rahman dan isteri, Gusti Raden Ayu Retno Mangku Nogoro Lapan, Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dan ibu bapa kedua-dua mempelai.

    Selesai upacara merenjis dan tepung tawar, kedua-dua mempelai dipersilakan ke meja utama untuk makan beradap bersama isteri Almarhum Tengku Bendahara Johor, Tengku Hajah Syariah Almarhum Tengku Abdul Rahman.

    Majlis persandingan dimeriahkan dengan tarian zapin daripada murid-murid Sekolah Sri Melati Johor Bahru dan nyanyian ghazal daripada kumpulan Ghazal Remaja Seri Putra Kluang, Johor.

    Kemunculan penyanyi undangan dari Indonesia, Harvey Malaiholo, turut menghiburkan 700 tetamu yang memenuhi dewan utama hotel itu.

    Kemuncak kepada majlis persandingan, Juliana dan Mokhtar memotong kek perkahwinan mereka. Beberapa saat sebelum upacara memotong kek berlangsung, ditayangkan klip video zaman kanak-kanak Jun dan Mokhtar.

    Ketika itu, lagu istimewa ciptaan Jun khas buat suami berjudul Cinta Selamanya dimainkan.

    Untuk acara memotong kek, Jun memakai gaun labuh berwarna perak bermanik-manik ala zaman Yunani dan Mokhtar pula mengenakan jaket moden berwarna putih dan vest warna perak bermanik-manik.

    Majlis persandingan berakhir sekitar pukul 10.30 malam.

    Kos pakaian pengantin

    Pereka pakaian nikah, persandingan dan bertandang Jun-Mokhtar, Haron dari Haron Butik berkata, "Tiada bajet yang khusus ditetapkan oleh Jun dan suaminya untuk pakaian-pakaian itu. Tetapi Jun adalah seorang yang boleh dipercayai apabila berurusan dengannya.''

    Bagaimanapun, daripada gambaran yang diberikan Haron, dapat dijangkakan secara keseluruhan anggaran kos pakaian itu ialah sekitar RM46,000, tidak termasuk tambahan aksesori.

    Bagaikan puteri di Villa Mutiara

    Selesai majlis pada 16 Disember, pada keesokan harinya pula diadakan majlis menyambut menantu di rumah ibu dan bapa mentua Jun, Villa Mutiara, di Kampung Melayu, Johor Bahru.

    Majlis dihadiri lebih 2,000 tetamu terdiri daripada orang-orang kampung dan kaum keluarga Jun dari Jerantut, Pahang.

    Jun dan Mokhtar memakai songket berwarna emas. Rambut Jun disanggul lintang seperti seorang puteri. Mokhtar pula yang bertanjak dan keris tersisip di pinggang kelihatan seperti seorang anak raja.

    Pengantin baru terus dibawa ke meja utama untuk upacara makan beradap bersama keluarga terdekat.

    Nasi briyani gam, rendang, ayam masak merah, acar buah dan dal disajikan sepanjang majlis selain kuih baulu, buah-buahan dan kek.

    Selesai makan beradap, Jun dan Mokhtar memotong pulut kuning tiga tingkat sebagai menyerikan majlis. Ini diikuti dengan upacara memotong kek perkahwinan.

    Seiring ucapan tahniah, Jun dan Mokhtar terus-terusan melayan dan bergambar dengan orang-orang kampung serta peminat Jun yang turut hadir pada majlis itu.

    Melihat gelagat kedua-dua pengantin baru itu, teringat kata-kata Jun, "Perkahwinan saya dengan Mokhtar turut membawa erti penyatuan dua buah keluarga. Jun kini mempunyai sebuah keluarga yang besar."

    Satu lagi majlis persandingan Juliana dan Mokhtar akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses Kuala Lumpur pada 23 Disember ini.

    dipetik dari,

    utusan online

     



    Posted by aimanindablog at 03:48 pm
    Make a comment  

     

    ALL ABOUT ADAM!!

    Dec 17, 2005


     

     

     

    Gambarkan diri kamu dalam 3 perkataan?
    ADAM: Penyayang, Penyabar, Berjiwa sentimental

    Aset diri kamu?
    ADAM: Mata kott..

    Kepantangan kami pada...
    ADAM: Asap rokok, arak

    Bila boring apa aktiviti kamu?
    ADAM: Menari & dengar muzik

    Siapa kamu sebelum bergelar artis?
    ADAM: Student kolej

    Panggilan manja dalam keluarga?
    ADAM: Along atau Aizam

    5 Nama kenalan paling rapat dengan kamu?
    ADAM: Ijan, Boy, Joe, AN, Dian

    Tempat lepak kamu sebelum bergelar artis?
    ADAM: Burger King Restorant, K.K

    Bila lepak, apa topik perbualan kamu?
    ADAM: Aweklah... hahaha, gurau ajer! Macam-macam tapi borak kosong je!

    Perubahan terbesar kamu sebelum dan selepas bergelar artis?
    ADAM: Pendiam (sebelum), Peramah (selepas)

    Gambarkan karektor ibu dan bapa kamu?
    ADAM: Kedua-duanya penyayang, sporting tetapi tetap tegas dalam mendidik anak-anak. Kiranya kami tidak selalu dimanjakan dengan kebendaan.

    Gambarkan secara ringkas kehidupan kamu sebelum bergelar artis?
    ADAM: Sederhana dan selalu menghabiskan masa dengan teman-teman di restoran makanan segera seperti Burger King dan Pizza. Itulah pot kami... sembang sampai tak ingat rumah ni! Hehehe...

    Dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, apa keistimewaan & kekurangan diri kamu?
    ADAM: Keistimewaan Adam ialah anak sulung dalam keluarga. Kekurangan, banyak...

    Kesilapan/penyesalan terbesar yang pernah kamu lakukan dalam hidup?
    ADAM: Eee...takut dengar soalan ni. So far tak ada lagi...

    Apakah kegembiraan yang pernah kamu beri kepada ibubapa kamu?
    ADAM: Hanya ikut cakap mereka, pasti mereka senang hati

    Tabiat buruk yang sukar dikikis?
    ADAM: Malas jawab SMS. Hehehe...

    Selain duit dan kad pengenalan, 3 benda yang ada dalam dompet kamu sekarang?
    ADAM: Gambar keluarga, bankcard, namecard

    Pakaian tidur kamu?
    ADAM: Takde! Hahaha... seluar pendek! Selesa maa...

    Fantasi pelik kamu?
    ADAM: Takda...

    Parut di bahagian badan kamu?
    ADAM: Tanda lahir kat ketiak adalah... heheheh...

    Koleksi kesayangan?
    ADAM: Hadiah peminat dan barangan yang berkaitan dengan KRU

    Perkara pelik yang pernah kamu lakukan?
    ADAM: Apa yee?!! Lupalah...

     

    BANDANGAN

     

    MUNGKIN ada yang tertanya-tanya bagaimana terciptanya bandangan di tangan Adam. Menurut Adam segalanya bermula ketika dia bersama beberapa temannya lepak sambil minum-minum di sebuah cafe.

    "Adam ni sebenarnya memang tak suka pakai jam tangan. Sesekali rasa macam tangan ni kosong aje tanpa aksesori. Waktu tu di tangan Adam ada sehelai bandana berwarna merah. Asalnya bandana tu Adam guna buat lapik duduk dan lap peluh aje. Entahlah hari tu sambil sembang-sembang, tangan Adam asyik menggulung-gulung sambil mengikat bandana tersebut di celah-celah jari...

    "Sekali tu timbullah idea untuk jadikan bandana tu sebagai salah satu aksesori tangan. So, Adam cuba perkemaskan lagi ikatannya sambil dibantu oleh Ijan. Tak sangka pulak ikatannya menampakkan stylo dan keranggiannya tersendiri.
    So, Adam pakailah dan cuba jadikan ia sebagai trademark. Tak sangka pulak ia kekal sampai sekarang. Tapi masa tu mana ada nama bandangan (tergelak)? Nama tu Abang Aznil yang kasi masa konsert akademi dulu. Masa tu Adam tak ada gelarkan apa-apapun selain key tangan. Itu aje...

     

    CAMNER NAK IKAT BANDANGAN??
    BAGI peminat Adam, sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara nak ikatkan bandangan ni. Ialah, mungkin ada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang kepeningan bila ada anak-anak kecil merengek menyuruh mereka ikatkan bandangan di tangan. So, di sini Adam adalah tunjukkan bagaimana cara yang sebetulnya nak ikatkan bandangan cara Adam AF ni. Ha... eksklusif tau sebab ikatan ni dibuat kat tangan Adam sendiri! Bukan kat tangan orang lain... Sila klik gambar di sebelah!


    PANDUAN GAMBAR:

    1- AMBIL SEHELAI BANDANA

    2- LIPAT DENGAN CARA KETEMUKAN BAHAGIAN HUJUNG BANDANA

    3- TERUSKAN LIPATAN

    4- LETAKKAN DIBAHAGIAN LENGAN

    5- PASTIKAN BETUL2 CENTER

    6- HUJUNGNYA DITARIK KE ATAS

    7- IKATKAN BAHAGIAN ATAS SEPERTI DALAM GAMBAR

    8- LEBIHAN IKATAN TERUS BAWA KE DEPAN

     

     

     

    :: 2005 www.myartis.com ::



    Posted by aimanindablog at 06:31 pm
    Make a comment  

     

    Farah Birthday Turning To 21!!

    Dec 16, 2005




    Posted by aimanindablog at 12:23 am
    Make a comment  

     

    Hantaran kahwin Juliana Banos pecah rekod artis tempatan-utusan online

    Dec 15, 2005


     

    HANTARAN berjumlah RM77,888.77 yang diterima oleh penyanyi dan pelakon Juliana Azman Banos (Jun) daripada suaminya, Mokhtar Ahmad, usahawan kereta import mewah, mencatat sejarah tersendiri sebagai hantaran termahal yang tidak pernah diterima oleh mana-mana artis tanah air sebelum ini.

    Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Catier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.

    Jun dan Mokhtar diijab kabulkan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, Johor hari ini (16 Disember) dengan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

    Sehari sebelum bergelar pengantin baru, Jun dan Mokhtar sudi diwawancara secara eksklusif oleh Utusan Malaysia.

    Walaupun pada mulanya kedua-dua pasangan ini tidak dibenarkan bertemu oleh keluarga masing-masing menjelang saat-saat akhir akan dinikahkan, namun bagi memenuhi permintaan Utusan Malaysia, larangan itu akhirnya dilonggarkan.

    Bahkan jurugambar Utusan Malaysia juga diberi peluang merakamkan gambar kedua-duanya 24 jam sebelum mereka dinikahkan.

    Kata Jun, sebenarnya dia mahu merahsiakan hantaran yang diterimanya daripada Mokhtar.

    "Saya tidak berniat untuk menguar-uarkannya kepada umum. Tetapi itulah soalan yang ditanyakan kepada saya oleh setiap orang yang saya temui.

    "Jadi, suka atau tidak, jumlahnya terpaksa juga disebutkan,'' kata Jun ketika ditemui di pejabat Mokhtar di Mutiara Motors Sdn. Bhd. di Jalan Tebrau, Johor Bahru.

    Jun memberitahu, hantaran yang tinggi itu dianggap sebagai hadiah daripada suaminya dan dia bersyukur dengan keikhlasan hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki.

    Katanya, angka tujuh adalah angka kegemaran Mokhtar manakala angka lapan pula adalah angka kegemarannya.

    Menurut Jun, jika dicampurkan kesemua jumlah 77,888.77, jawapannya 52 dan apabila angka lima dicampurkan dengan angka dua, jawapannya ialah tujuh.

    "Itulah keistimewaan 77,888.77 kepada saya dan suami,'' kata Jun.

    Che Tar dan Che Jun

    Ditanya apakah panggilan Jun terhadap suaminya, kata Jun, "Saya memanggilnya dengan panggilan Che Tar manakala dia pula memanggil saya dengan panggilan Che Jun.

    "Mungkin kerana saya ni bukan seorang yang romantis dan tidak pandai memanggilnya dengan panggilan 'Yang', atau 'Sayang' atau 'Abang'. Jadi secara spontan saya memanggilnya Che Tar dan nama itu lekat sampai sekarang,'' kata Jun.

    Syarat teruskan kerjaya seni

    Menurut Mokhtar, dia tidak mempunyai halangan bahkan mengizinkan isterinya untuk terus aktif dalam dunia seni kerana itu adalah kerjaya Jun.

    Namun begitu, Mokhtar percaya isterinya itu pandai menjaga tingkah laku dan tahu memberi keutamaan terhadap rumah tangga.

    "Memang saya izinkan Jun berlakon atau menyanyi tetapi biarlah tawaran yang diterimanya itu kena pada masa dan waktu serta berlandaskan pada agama,'' katanya.

    Sebagai suami, Mokhtar tidak mempunyai masalah mengizinkan Jun terus aktif dalam bidang seni kerana dia mengenali diri dan peribadi Jun.

    "Saya tahu dia bukan seorang yang sosial dan dia jenis family type. Habis kerja, dia akan berada di rumah dan sepanjang yang saya nampak, apabila Che Jun ke lokasi atau bekerja, dia sentiasa dijaga oleh keluarganya,'' kata Mokhtar.

    Bulan madu

    Menjawab soalan mengenai destinasi bulan madu, Jun dan suaminya memilih Monaco dan Switzerland.

    Kedua-duanya merancang untuk terbang menikmati bulan madu pada Februari tahun hadapan.

    "Kalau ikut perancangan awal Che Tar, Januari depan kami ke sana. Tapi waktu itu cuaca di sana amat sejuk dan saya tak begitu suka dengan cuaca yang begitu. Sebab itu saya minta pergi pada musim panas.

    "Insya-Allah, bulan Februari tahun depan rasanya dah tak begitu sejuk,'' kata Jun.

    Ada sebab Jun memilih Monaco sebagai destinasi bulan madu. Minatnya terhadap sukan lumba kereta Formula 1 ternyata menarik minatnya untuk ke sana.

    "Kebanyakan pemandu Formula 1 tinggal di Monaco,'' kata Jun sambil tersenyum manis.

    Terima kasih kepada penaja

    Pada akhir wawancara, Jun dan suaminya turut merakamkan ucapan terima kasih mereka kepada pihak pengurusan Hotel Grand Bluewave Johor Bahru kerana sudi menaja penginapan lebih 20 wartawan dari Kuala Lumpur yang hadir pada majlis pernikahan dan persandingan mereka.

    Kata Jun, kesemua wartawan dari Kuala Lumpur dibawa ke Johor Bahru dengan menaiki bas yang disewa sendiri olehnya.

     

    dipetik dari,

    utusan online



    Posted by aimanindablog at 06:34 pm
    Make a comment  

     
    Next Page

    about me




    Contact Me

    calendar


    << May 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31

    tagboard


       


    links





    ARKIB
    Farah-Antara Dua

    Hantaran kahwin Juliana Banos pecah rekod artis tempatan-utusan online

    Farah Birthday Turning To 21!!

    ALL ABOUT ADAM!!

    Perkahwinan Juliana Banos rapatkan hubungan lama keluarga

    ULASAN EVO O5 AKADEMI FANTASIA 3

    Saya tak salahkan Mawi atau Maestro!

    Bisnes Linda Onn terus berkembang

    Ning jujur bersuara

    Tuduhan fitnah Siti kekal

    Akademi Fantasia 4 pasti mendebarkan

    LiNK!


    Jutawan Siber
    Irfan Khairi

    Farah Si Breep..Breep..!!
    Farah AF2

    Kefli Si PraAppp!!
    Kefli AF3

    SuLtaN MuzaFfar!!SuLtaN Ke??HeHehe..
    Sultan Muzaffar

    Rosman aka Fanatik Farah!!hehe..
    Rosman Positivo

    Juan Danza!!Penulis Majalah URS!!
    JuanDanza

    Sesape yang nak laman web nya tersenarai kat sini anta la email kat : !!ok?

    Search Engine Submitter

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    credits


    design

    Edited by:
    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    Pink Design: Natural


    rss feed